Thursday, December 16, 2010

Rakyat Malaysia Hack website Amerika


New York – Penjenayah cyber Malaysia berjaya menghack komputer U.S Federal Reserve Bank of Cleveland and FedComp,Amerika Syarikat.Hacker ini telah mencuri setengah juta nombor kad kredit dan debit.
Menurut Jabatan Polis AS di Brooklyn, warga Malaysia, Lin Mun Poo itu ditahan pada 21 Oktober. Dia dituduh menghack komputer Fed cawangan Ohio, dan mencuri lebih dari 400 ribu nombor kad kredit.
Selain itu, ia juga membocori pertahanan sistem. “Poo memiliki karier cemerlang di dunia server komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan, dan syarikat korporat lain. Selain itu, dia juga menjual atau berniaga maklumat.”
Secret Service AS menahan pemuda 32 tahun itu di bandar internasional John F. Kennedy di New York. “Agen Secret Service merampas laptop yang berisi data akaun financial dengan jumlah yang banyak dan maklumat identiti peribadi yang diperolehinya semasa melakukan hack.”
Ketua Secret Service New York mengatakan, cybercrime ‘tak hanya mempengaruhi infrastruktur kewangan negara, tapi juga mengancam keamanan nasional.”
Selain itu, Secret Service mengatakan, Poo juga masuk ke dalam sistem ‘informasi logistik tentera sensitif yang berpotensi tinggi’ dari kontraktor Pentagon. Menteri Pertahanan AS Robert Gates memperingatkan cyberattack boleh menjadi ancaman ‘besar’.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog